Kerjaya kelab Roberto Soriano

Kerjaya awal

Soriano telah dilahirkan di Darmstadt, Jerman. Keluarganya berasal dari Sperone, Wilayah Avellino, Itali.[1][2] Beliau telah memulakan keriernya bersama Bayern Munich selepas dipikat oleh pencari bakat ketika kejohanan Piala Belia Juara-Juara 2007 semasa beliau sedang mewakili pasukan Die Roten.

Sampdoria

Pada 2 Februari 2009, Soriano telah berpindah ke kelab Itali, Sampdoria dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan.[3][4] Soriano telah menyertai pasukan Primavera Sampdoria ataupun dikenali sebagai pasukan belia untuk menghadapi kejohanan Torneo di Viareggio 2009[5] yang menyaksikan pasukannya itu menamatkan saingan sebagai naib-juara.[6] Pada musim 2009–10, Sampdoria telah tersingkir daripada aksi Campionato Nazionale Primavera pada peringkat separuh akhir yang membabitkan penglibatan Soriano untuk beraksi.[7]

Empoli

Pada Jun 2010, beliau telah dipinjamkan ke kelab Serie B, Empoli. Soriano telah melakukan penampilan sulungnya untuk Empoli pada 15 Ogos 2010 dalam perlawanan persahabatan menentang Reggiana. Soriano kemudiannya digantikan oleh Gianluca Musacci pada separuh masa kedua perlawanan. Empoli ahirnya meraih kemenangan 4-1. Soriano melakukan penampilan sulungnya di Serei B ketika menentang Frosinone sebelum digantikan oleh Mirko Valdifiori pada minit ke-66 permainan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.[8] Soriano beraksi sebagai pemain gantian pada perlawanan berikutnya setelah beliau kehilangan tempat kepada Gianluca Musacci. Beliau kembali beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Empoli pada perlawanan kelima liga. Beliau telah beraksi di posisi pemain tengah dan bertahan yang telah diubah suai kepada kesesuaian Soriano bagi menghadapi perlawanan-perlawanan berikutnya. Pada 11 Disember, beliau menjaringkan gol pertamanya di Serie B ketika menentang Portogruaro.

Pada 31 Ogos 2015, Soriano telah menandatangani kontrak bersama Napoli yang bernilai 13.5 juta euro manakala Juan Camilo Zúñiga dirancang akan menyertai Sampdoria sebagai sebahagian daripada rundingan. Namun, perpindahan itu tidak dapat diteruskan kerana Napoli tidak membayar deposit kontrak dengan Lega Serie A sebelum masa berakhir pada jam 23:00. Proses itu telah ditunda kerana berlaku pertikaian terhadap hak cipta gambar.[9]

Villarreal

Pada 2 Ogos 2016, Villarreal dan Sampdoria bersetuju untuk melengkapkan perpindahan Soriano. Beliau telah menandatangani kontrak selama lima tahun melalui perpindahan yang menelan kos sebanyak 14 juta euro.[10] Soriano melakukan penampilan sulungnya untuk kelab ketika aksi La Liga yang berakhir dengan kedudukan seri 1-1 menentang Granada pada 20 Ogos.[11]

Torino

Pada 17 Ogos 2018, Soriano telah menyertai Torino berserta pilihan untuk dibawa masuk secara tetap.[12]

Bologna

Pada 4 Januari 2019, Soriano telah menyertai Bologna berserta pilihan untuk dibawa masuk secara tetap.[13]

Rujukan

WikiPedia: Roberto Soriano http://www.bdfutbol.com/en/j/j97861.html http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.soccerway.com/players/roberto-soriano/7... http://en.uefa.com/under21/matches/season=2011/rou... http://en.uefa.com/under21/matches/season=2011/rou... http://en.uefa.com/under21/matches/season=2011/rou... http://www.uefa.com/uefaeuro/qualifiers/season=201... http://www.fcbayern.telekom.de/de/aktuell/news/200... http://www.villarrealcf.es/noticias/indice-general... http://avellino-calcio.it/ecco-chi-e-roberto-soria...